Tuesday 2 July 2013

Cuti-cuti Sydney...Day 1 - Seasons Darling Harbour

Assalamuaalaikum...

Sambungan from the last entry....

Kitaorang touch down kat Sydney around pukul 11.00 am kalau tak silap. Punya la excited sbb dh smpi...tak sabar nak tengok bumi Sydney!!

Sampai je kat airport sblm check point...kitaorang singgah toilet dulu. Tukar diapers budak2 ni. Qaseh siap dh bocor lg sbb dlm flight tak sempat nak tukar. Malas nak kacau dier tido takut terjaga nangis...jenuh kitaorg. Nak tak nak kena tunggu sampai dulu. Tukar baju and seluar...pakai kan baju sejuk masing2 sbb mmg sejuk pun. Maser ni dh akhir2 autumn nak masuk winter so agak sejuk la kt sydney ni (bg org yg berasal dr negara yg panas mcm Malaysia! Chewahh...)

At this point jgn lupa buang semua air2 yg dibawa takut tak lepas check point nanti. Stroller maser ni takde lg sbb kena amik kt luar...so dukung je la.

Seperti biasa masa check point imigresen...semua lepas cuma mummy je yg tak lepas. Masa pegi Perth dulu pun mcm tu jugak. Tak lepas kena tunggu tepi. Tak tahu sbb aper. Tp tak la pulak ringan mulut nak tanya sebab aper...hehe. Nmpk la dier check system dier..puk pak puk pak...10 minit mcm tu dier kater dh ok.

Turun je dr imigresen tu nmpk Qaseh dh mengamuk2 nak naik troli barang...nak naik 'CAR' kater nyer. Ajak naik yg kitaorg punya dier tak nak...nak yg kaler BLUE (punya la dlm yg kaler blue tu!!). Ok...jgn layan...dukung dier and terus jalan. Melampau!! Malu kt mat salleh...hehe.

Selepas dh collect semua beg...gi check point kastam pulak. Dekat sini yg takut sangkut lama sbb kitaorag bawak satu rumah gi Sydney!! Kuangkuangkuang...

Sebelum terlupa...nak pesan. Kalau bwk masuk makanan2 ni kena declare. Jgn lupa or sengaja tak declare sbb kalau sangkut nanti kena denda. Mahal woo!! So tak kira la aper yg korang bawak...baik declare ajer. Nanti dier akan tanya la..itu ini. Jawab je la...

Di sbb kan kitaorg membawa budak2 kecik yg membuat perangai ni...kitaorg diberi pelepasan dengan segera tanpa perlu check beg langsung. Huhu...nasib baik. Kalau tak jenuh nak pack balik kan? Mungkin diorang ni pun tak sanggup nak dengar budak2 ni berdongdang sayang kot...huahuahua.

Biler dh settle semua check point ni...lega raser nyer! Yeayyy....bole start bergembira. Huhu...suhu maser tu lebih kurang 15'C kot. Sejuk..


Ni gmbr kitaorg seblm naik teksi ke hotel.

 Untuk ke hotel, kitaorg terpaksa naik teksi al maklumla beg byk (naik train pun bole kalau bagi sesiapa yg tak byk barang and anak dh besar2...lg murah!!). Pastu naik teksi pun tak bole naik teksi biasa...kitaorg kena naik MPV yg ader provide baby car seat. Untuk makluman, kt sana baby diwajibkan menggunakan baby car seat ni. Kalau tak pakai..kena saman. Punya la payah nak masuk kan si adik kt baby car seat ni. Bkn tak penah duduk...kt malaysia pun duduk dlm tu tp tak penah buckle up. So biler kena buckle up..aper lg..mengamuk la minah tu. Tp skjp je...10 minit lepas tu dh tido :-P Huhu...

Tambang dari airport sydney ke hotel ialah AUD50.

Among all hotels in Sydney..we decided to stay at Seasons Darling Harbour. It was a service apartment and most important with kitchenette so it will be easy for me to prepare meal for my family especially breakfast. Jimat la skit duit tu..huhu.

Sampai je bilik...berdebush kitaorg tido. Yg pelik nyer semua skali ngan budak2 bole tido...mmg penat betul la ni. Hehe...

Dlm kul 6 ptg kitaorg keluar cari mkn. Untuk makluman kt Sydney kul 6 ptg ni dh gelap mcm mlm...biler malam of coz la sejuk!! Patut la td kt airport tgk org pakai baju sejuk yg kembong2 mcm dok main salji tu. Nasib baik tak gelak kan diorang...rupa2 nyer mmg betul sejuk! Huhu...

Mgkn sbb kitaorg blm biasa lg kot...maklum la dari negara panas ke negara sejuk. So sejuk tu memang terasa sejuk giler!! Kalau tak silap dlm 11'C..sampai budak2 kena pakai sarung tangan la takut tak tahan sejuk.

Chinatown ngan hotel kitaorg sebelah2 je...nak gi chinatown just lintas jalan. Kt Chinatown ni byk kedai makan china. So to all my chinese fren...you should come here and try the food here kalau dtg Sydney. Sbb kedai makan dier mmg penuh and macam menarik...kalau semua seat penuh tu mesti la sedap kan?? Hehe..

Aktiviti mlm ni just pusing2 jalan kaki tgk lampu and hirup udara sejuk...hehe. Utk makan mlm kitaorg singgah Cafe Kasturi (Malaysian restaurant kt Sydney) utk tapau Nasi Goreng Kampung and Kuew Tiaw Goreng. Harga satu makanan tu lebih kurang AUD15. Total utk 2 org mkn ialah AUD30 bersamaan dengan RM90 duit kita. Kuangkuangkuang....tp sebenar nya satu meal tu bole cover 2 org dh sbb portion dier agak banyak utk seorang makan. Tp kalau perut anda sebesar perut saya and tahap ketamakan anda seperti saya...beli la sorang satu. Huahuahuahua...

Selepas makan kitaorg balik sambung tido. Tp tak berapa nyenyak sbb risau kt anak2 takut sejuk. Yang nyenyak husband!! Dier kater tilam hotel tu best giler!! Tp mummy bgn dua tiga kali jugak untuk betul kan selimut. Baju sejuk mmg sentiasa pakai...bilik pasang heater pun still sejuk giler!! Jakunnnnn......huhu.

Ok...sambung next entry. Babai...

No comments:

Post a Comment